• baner ali imran 92.PNG - 392.24 KB

Pengenalan

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mewujudkan Dana Wakaf Al-Abrar USIM yang diterajui oleh pusat tanggungjawab Universiti, Pusat Pembangunan Pembiayaan Wakaf (PPPW) kini dikenali sebagai Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ). Penubuhan dana ini telah diluluskan dan didaftarkan dengan MAINS. Objektif utama penubuhan PWZ adalah menguruskan kutipan dan agihan tabung amanah. Tujuan penubuhan Dana Wakaf Al-Abrar USIM adalah untuk menjadi penggerak dan penganjur utama kepada amalan sedekah jariah dan pengimarahan ilmu melalui sumbangan dana wakaf dan infak sebagai wadah meningkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. USIM telah dilantik oleh MAINS sebagai Mutawalli Dana Wakaf pada 22 Julai 2013 (rujuk surat MAINS nombor rujukan KEW/BAIT-NS400-5/16Jld.9(2)). Berdasarkan pelantikan sebagai Mutawalli tersebut, pertama USIM boleh membangun dan menguruskan Dana Wakaf. Kedua, USIM boleh mengagihkan manfaat kepada golongan sasaran yang dihasratkan wakif. USIM sebagai Mutawalli Dana Wakaf perlu mengemukakan laporan kewangan tahunan kepada MAINS untuk rujukan dan perekodan.

Sebagai sebuah universiti yang mempelopori Sains Islam, pihak pengurusan USIM merasakan adalah suatu kewajipan warga Universiti untuk menjayakan pengurusan pembiayaan wakaf supaya kepakaran yang ada di USIM dapat memberi manfaat kepada ummah dari segi pemantapan pendidikan Islam.  Idea mewujudkan universiti hybrid yang ingin dilaksanakan USIM adalah gabungan konsep social enterprise, syariah compliant dan waqf financing. Mantan Naib Canselor USIM, Prof. Dato’ Dr Asma Ismail, dalam ucapan Tahun Baharu 2013, beliau telah mengenalpasti pembiayaan wakaf sebagai sumber pembiayaan yang lestari untuk pembangunan di USIM untuk kegunaan warga universiti dan masyarakat.

               

Buletin

Bengkel Semakan Pelan Halatuju PWZ

Bengkel Semakan Pelan Halatuju PWZ

1 Ogos 2017- Pusat Wakaf dan Zakat telah mengadakan Bengkel Semakan Pelan Halatuju PWZ, bengkel ini diadakan bertujuan untuk menyemak kembali aktiviti PWZ samada mengikut pelan yang telah dirancang  sebelum... Read more

lawatan ke Pusat Zakat UKM

lawatan ke Pusat Zakat UKM

19 Julai 2017 - Pusat Wakaf dan Zakat USIM telah mengadakan lawatan ke Pusat Zakat Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi, lawatan ini bertujuan untuk belajar dan melihat bagaimana pengurusan zakat... Read more

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf USIM

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf USIM

12 Julai 2017- Pusat Wakaf dan Zakat USIM telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa pengurusan wakaf USIM, Mesyuarat ini diadakan di Bilik Mesyuarat LPU aras 5 Bangunan Canselori USIM. Mesyuarat yang dipengurusikan... Read more

Perjumpaan Dengan Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan

Perjumpaan Dengan Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan

7 Julai 2017 - Pengarah Pusat Wakaf dan Zakat (PWZ) USIM YBhg. Prof Madya Dr. Wan Abdul Fattah Bin Wan Ismail telah mengadakan pertemuan dengan Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri... Read more

Pusat Wakaf Dan Zakat,
Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
Tel: +606-798 8007/6293/ 011-52590225, Faks: +606-798 6290, Emel: info.wakaf@usim.edu.my

No Akaun : 05058010021477 (Bank Islam Malaysia Berhad) 

Pertanyaan/Komen/Maklumbalas: http://helpdesk.usim.edu.my/

Pelawat

2084
Hari iniHari ini4
Minggu iniMinggu ini18
Bulan iniBulan ini361
KeseluruhanKeseluruhan2084